Bahan Pembelajaran


B



BACAAN KSSR TAHUN SATU





TATABAHASA

Kata Seru

Kata Seru
Penggunaan
Ayat Contoh
Syabas
Untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan.
Syabas, anda telah Berjaya!
Cis
Untuk meluahkan perasaan yang marah, tidak suka atau mengejek seseorang.
Cis, sungguh tidak bermaruah sekali!
Aduh
Untuk menyatakan rasa sakit.
Aduh, peningnya kepalaku ini!
Aduhai
Untuk meluahkan perasaan sedih.
Aduhai, malangnya nasibku!
Eh
Untuk menunjukkan perasaan terkejut atau hairan.
Eh, kamu pun ada di sini!
Nah
Untuk memberi sesuatu atau menarik perhatian.
Nah, terimalah barang ini!
Amboi
Untuk menyatakan rasa hairan dan kagum.
Amboi, manisnya buah ini!



Kata Adjektif

-          Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau   kata nama.

-          Kata adjektif terbahagi kepada Sembilan jenis, iaitu:


Bil
Kata Adjektif
Contoh
1
Sifat/Keadaan
 Baik        gopoh       lembut       pintar
2
Warna
 Biru        merah       kelabu        jingga
3
Ukuran
 Nipis       cetek        dalam         berat
4
Bentuk
 Buncit    bundar      curam        bengkok
5
Pancaindera
 Enak       comel        segak         mersik
6
Waktu
 Awal       cepat         lewat         suntuk
7
Cara
 Lincah    cermat      jarang        sering
8
Perasaan
 Berani    malu          pilu             rindu
9
Jarak
 Dekat     jauh           hampir       nyaris


          
 KESALAHAN TATABAHASA
A. Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai
    akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

(a)        Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)

(b)        Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)

(c)        Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)

(d)        Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)

(e)        Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)

(f)         Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya.
             (bukan "agar)

(g)        Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)

(h)        Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)

(i)         Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

(j)         Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru.
              (bukan * baik...ataupun)
              B. Kata Sendi
     1.      Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk
      menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2.      Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja
      tak transitif,  kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
            a.  Ravi suka durian. (salah)
           Ravi suka akan durian. (betul)
            b.  Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
           Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
                        c.  Abang sudah pergi pejabat.(salah)
                             Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
           d.  Kita mesti hormat guru. (salah)
          Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
          e.  Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
        Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
              3.  Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
 a. Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
 b. Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
 c. Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
 d.  Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
 e.  Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
 f.  Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
 g. Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
 h. Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
 i. Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
 j. Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
 k. Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l.  Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
    saudara berikan. (bukan * diatas)


C. Kata Kerja
Kata kerja tak transitif
1. Kata kerja taktransitif ialah kata kerja yang dapat
    berdiri sendiri dengan makna yang penuh.

2. Kata kerjataktransitif yang berawalanber, atau men,
   atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya,
   melompat,  tersenyum,  dan sebagainya tidak boleh  
   ditiadakan awalannya. Contohnya:
   a. *Dia kata kepadasaya. (salah)
         Dia berkata kepada saya. (betul)

   b. *Janganlompat. (salah)
         Jangan melompat. (betul)

   c. *Diasenyumkepadasaya. (salah)
         Dia tersenyum kepada saya. (betul)


 Kata KerjaTransitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang  
    mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang 
    dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Objeknya mestilah frasa nama.

3. Kecuali kata makan dan minum serta kata-kata yang
    berapitan ber...kan, semua
    kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak  
    berawalan men, Misalnya:

    a. *Dia suka baca buku. (salah)
          Dia suka membaca buku (betul)

    b. *Ahmad tendang bola itu. (salah)
          Ahmad menendang bola itu. (betul)

4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan  
    men ...i berbagai-agai maknanya dan mesti digunakan  
    dengan berhati-hati. 
   
    Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
    berikut:

    a. *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
          Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
          Dia memberikan sebatang pena kepada saya
          (betul)

    b. *Hakim menjatuhkan orang ituhukumanmati. (salah)
          Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
          Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang 
          itu. (betul)


D.Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan untuk membantu ayat-ayat
    tanya.

2. Beberapa contoh kata tanya yang
    biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana,
    mengapa, dan siapa.

3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering
    berlaku pada kata apa dan siapa.

4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk
    menanyakan nama benda atau binatang saja.

5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk
    menanyakan nama manusia.

6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
    berikut:

    a.*Nama kucing ini siapa? (salah)
         Nama kucing ini apa? (betul)

    b.*Apa nama anak saudara ini? (salah)
         Siapa nama anak saudara ini? (betul)



3 comments:

  1. Nota yang jelas bagi murid. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  2. nota yang berwarna-warni dan lengkap, ia pasti dapat menarik perhatian murid-murid. Syabas

    ReplyDelete