B
BACAAN KSSR TAHUN SATU
TATABAHASA
Kata Seru
Kata Seru
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
Syabas
|
Untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan.
|
Syabas, anda telah Berjaya!
|
Cis
|
Untuk meluahkan perasaan yang marah, tidak suka atau mengejek seseorang.
|
Cis, sungguh tidak bermaruah sekali!
|
Aduh
|
Untuk menyatakan rasa sakit.
|
Aduh, peningnya kepalaku ini!
|
Aduhai
|
Untuk meluahkan perasaan sedih.
|
Aduhai, malangnya nasibku!
|
Eh
|
Untuk menunjukkan perasaan terkejut atau hairan.
|
Eh, kamu pun ada di sini!
|
Nah
|
Untuk memberi sesuatu atau menarik perhatian.
|
Nah, terimalah barang ini!
|
Amboi
|
Untuk menyatakan rasa hairan dan kagum.
|
Amboi, manisnya buah ini!
|
Kata Adjektif
- Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
- Kata adjektif terbahagi kepada Sembilan jenis, iaitu:
Bil
|
Kata Adjektif
|
Contoh
|
1
|
Sifat/Keadaan
|
Baik gopoh lembut pintar
|
2
|
Warna
|
Biru merah kelabu jingga
|
3
|
Ukuran
|
Nipis cetek dalam berat
|
4
|
Bentuk
|
Buncit bundar curam bengkok
|
5
|
Pancaindera
|
Enak comel segak mersik
|
6
|
Waktu
|
Awal cepat lewat suntuk
|
7
|
Cara
|
Lincah cermat jarang sering
|
8
|
Perasaan
|
Berani malu pilu rindu
|
9
|
Jarak
|
Dekat jauh hampir nyaris
|
KESALAHAN TATABAHASA
A. Kata Hubung
1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai
akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.
(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya.
(bukan "agar)
(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru.
(bukan * baik...ataupun)
B. Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk
menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja
tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
a. Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
b. Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
c. Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
d. Kita mesti hormat guru. (salah)
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
e. Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3. Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
a. Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
b. Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
c. Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
d. Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
e. Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
f. Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
g. Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h. Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
i. Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j. Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k. Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
C. Kata Kerja
Kata kerja tak transitif
1. Kata kerja taktransitif ialah kata kerja yang dapat
berdiri sendiri dengan makna yang penuh.
2. Kata kerjataktransitif yang berawalanber, atau men,
atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya,
melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh
ditiadakan awalannya. Contohnya:
a. *Dia kata kepadasaya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)
b. *Janganlompat. (salah)
Jangan melompat. (betul)
c. *Diasenyumkepadasaya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang
dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Objeknya mestilah frasa nama.
3. Kecuali kata makan dan minum serta kata-kata yang
berapitan ber...kan, semua
kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak
berawalan men, Misalnya:
a. *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul)
b. *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan
men ...i berbagai-agai maknanya dan mesti digunakan
dengan berhati-hati.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
berikut:
a. *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya.
(betul)
b. *Hakim menjatuhkan orang ituhukumanmati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang
itu. (betul)
D.Kata Tanya
1. Kata tanya digunakan untuk membantu ayat-ayat
tanya.
2. Beberapa contoh kata tanya yang
biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana,
mengapa, dan siapa.
3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering
berlaku pada kata apa dan siapa.
4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk
menanyakan nama benda atau binatang saja.
5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk
menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
berikut:
a.*Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
b.*Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
Nota yang jelas bagi murid. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
ReplyDeleteNota jelas
ReplyDeletenota yang berwarna-warni dan lengkap, ia pasti dapat menarik perhatian murid-murid. Syabas
ReplyDelete