Lembaran kerja

Latihan 1

Kata sendi nama

1. Shamil masih terkial-kial ketika mencuba makan mi _____ penyepit.
    A. oleh          B. sejak          C. dengan          D. untuk

2. Kes penderaan ____ kanak-kanak perlu diatasi dengan segera demi
    melahirkan masyarakat yang cemerlang.
    A. terhadap         B. kepada          C. pada          D. untuk

3. Layang-layang adik yang tersangkut ____ dahan pokok itu telah koyak.
    A. kepada          B. di          C. pada         D. daripada

4. Janice sangat rindu ____ suasana kampung neneknya yang damai dan
    jauh daripada bingit kenderaan.
    A. pada          B. akan          C. oleh          D. bagi

5. Tanah di hujung kampung itu akan diberi ____ kedua-dua orang anak
    lelakinya.
    A. pada          B. kepada         C. untuk         D. oleh

6. Lelaki yang meragut beg wanita itu berjaya ditangkap apabila dikejar
    ____ beberapa orang pemuda yang melihat perbuatannya itu.
    A. akan          B. dengan          C. oleh          D. sejak

7. Bangku kayu yang terletak di halaman rumah Encik Mah itu diperbuat
    ____ kayu jati.
    A. oleh          B. pada          C. dengan          D. daripada

8. Anak lelaki Encik Chow tidak terlibat langsung ____ pergaduhan itu.
    A. demi          B. antara          C. dalam          D. bagi

9. Hujan yang turun ____ tiga hari yang lalu menyebabkan air sungai di
    Kampung Setia melimpah ke tebing.
    A. pada          B. oleh          C. untuk         D. sejak

10.Ahmad rajin belajar dan dia berangan-angan ____ menjadi
     angkasawan apabila dewasa kelak.
    A. untuk          B. semenjak          C. umpama          D. bagai


Latihan 2

Kata hubung

1. Nelayan itu sedang menjahit jalanya yang koyak ____ menyanyi.
    A. dan          B. sambil          C. lalu          D. atau

2. Doktor menasihati oram\ng ramai agar makan makanan yang bersih
    ____ tidak dijangkiti penyakit.
    A. supaya         B. sungguhpun          C. semenjak          D. sebelum

3. Pak long melambai-lambaikan tangannya ke arah kami sekeluarga
    ____ tiba di balai ketibaan.
    A. setelah          B. selama          C. selagi          D. sejak

4. Jojo masih bermain bola sepak di padang ____ hari hendak hujan.
    A. sementara          B. walaupun          C. sebelum          D. selagi

5. Anne berjanji akan menyertai program motovasi itu ____ ibu dan
    ayahnya mengizinkan.
    A. jika          B. dan          C. tetapi          D. sesudah

6. ____ matahari telah tegak di atas kepala, Chin Chin masih belum
    bangun daripada tidur.
    A. Manakala        B. Sungguhpun        C. Sementara         D. Semenjak

7. Ibu mengutip baju-baju kotor itu ____ memasukkannya ke dalam mesin
    basuh.
    A. apabila          B. atau          C. serta          D. lalu

8. Orang tua itu berehat di bawah pokok ____ penat menebas rumput di
    kebunnya.
    A. setelah          B. kalau          C. meskipun          D. semoga

9. Encik David memandu kereta Proton waja ____ isterinya memandu
    kereta Proton Wira.
    A. apabila          B. manakala          C. hingga          D. sambil

10.Baju-baju yang dijual di butik itu sungguh catik ____ harganya sangat
     mahal.
    A. kalau          B. kecuali          C. walaupun          D. tetapi


Latihan 3

Kata adjektif

1. Gadis ____ yang berlakon iklan pencerah wajah itu sepupu saya.
    A, tampan          B. ayu          C. elok          D. kacak

2. Warna seluar itu kelihatan ____ kerana terlalu kerap dipakai dan
    dibasuh.
    A. pucat          B. kusam           C. gelap          D. kelam

3. Bilik itu berbau ____ kerana telah lama tidak dipenghuni.
    A. hapak          B. tengik          C. hanyir          D. harum

4. Buku-buku di atas rak itu tersusun dengan ____.
    A. tertib          B. sopan          C. tenang          D. rapi

5. Mereka terpaksa makan ubi kayu yang ____ itu kerana terlalu lapar.
    A. pahit         B. payau          C. masam          D. masin

6. Ayah terpaksa pulang ____ kerana tidak sihat.
    A. lama          B. segera          C. awal          D. lama

7. Nenek Piah membuang duri mengkuang itu dengan ____ supaya jarinya
    tidak terluka.
    A. kemas          B. kerap          C. cepat          D. cermat

8. Selepas hampir 10 tahun bekerja di kilang itu, wai Tat amat ____
    mengenalikan mesin.
    A. tekun          B. cekap           C. laju          D. cermat

9. Dahi Elly berkerut-kerut kerana makan buah mangga yang ____ itu.
    A. masam          B. tawar          C. pahit          D. masin

10.Siti berasa sangat ____ apabila buku latihan Matematiknya hilang.
    A. ragu          B. bosan          C. angkuh           D. cemas


Latihan 4

Kata Kerja

1. Adik ____ makanan itu sehingga hancur sebelum menelannya.
    A. menggigit          B. menjilat          C. mengunyah         D. menghisap

2. Tat Man ____ kesejukan kerana dia kehujanan ketika pulang dari
    pekan bersama-sama kakaknya.
    A. menggoyang        B. menggigil        C. menguap        D. mengecut

3. Tok aki ____ mata pisaunya yang tumpil itu sehingga tajam.
    A. mengasah          B. membakar          C. mengikis          D. menggosok

4. Tukang kebun itu sedang ____ di bawah sebatang pokok untuk
    melepaskan penat setelah berjalan beberapa kilometer.
    A. berteduh          B. berangan           C. berlari          D. berehat

5. Anna ____ di dalam kelas kerana dia tidur lewat pada malam tadi.
    A. terangguk-angguk             B. tersedu-sedu
    C. tersengguk-sengguk          D. terpinga-pinga

6. Mak Anjang memasukkan beberapa ketul arang ke dalam dapur arang
    untuk ____ kuih baulu.
    A. memanggang        B. menggoreng        C merebus        D. membakar

7. Nenek ____ ketepat pulut itu dengan menggunakan dapur kayu.
    A. merebus         B. mengukus          C. membakar         D. menggoreng

8. Keluarga yang miskin itu makan nasi ____ ikan masin.
    A. beralaskan                        B. berlaukkan
    C. berlandaskan                    D. bertemankan

9. Wahida membantu ibunya ____ adunan biskut kelapa itu dengan acuan
    berbentuk hati.
    A. mencalit          B. menekap          C. menerap          D. mencanai

10.Kerja-kerja ____ ranting pokok bunga kertas dilakukan supaya pokok
     bunga kertas sentiasa berbunga.
     A. mengerat         B. memotong         C. menghiris         D. memangkas


Latihan 5

Sinonim

1. Pihak polis telah berjaya memberkas tiga orang penjahat yang
    bersembunyi di pondok usang itu.
    A. mengambil        B. membimbang        C. menangkap       D. mengikat

2. Abang Li Jhien tidur dengan nyenyak pada petang itu kerana keletihan.
    A. asyik          B. lena          C. leka         D. kuat

3. Jualan Mak Limah sangat laris pada hari ini, sekejap sahaja semua
    kuihnya habis.
    A. cekap          B. panas          C. laku          D. untung

4. Pada musim kemarau, air sungai di Kampung Lalang menjadi cetek.
    A. keruh          B. tohor          C. sedikit          D. rumit

5. Adik sangat girang apabila ayah membelikannya coklat sekembalinya
    dari tempat kerja.
    A. sedih          B. benci          C. kasih          D. riang

6. Pak Jamil mengayuh perahunya dengan laju kerana hari sudah senja.
    A. memandu        B. membawa       C. mendayung        D. mengemudi

7. Penduduk di kampung itu membantah cadangan hendak membina
    kilang di kampung mereka.
    A. membangkang                    B. menuduh
    C. mencegah                           D. menghalang

8. Orang tua-tua selalu berpesan jika hendak melenturkan buluh biarlah
    ketika masih rebung.
    A. meleburkan                         B. menghancurkan
    C. menewaskan                        D. membengkokkan

9. Kami berasa sangat sedih kerana guru besar yang banyak berjasa
    terhadap sekolah akan bersara.
    A. berbangga        B. berbakat        C. berjaya        D. berbakti

10.Angelina berasa menyesal akibat kelalaiannya sewaktu melintas
     jalan, dia telah dilanggar oleh kereta.
     A. kemahiran        B. kecuaian        C. kelewatan        D. kebanggaan




2 comments: